Wednesday, May 27, 2009

"Alhamdulillah Mia...betul ke apa yang mama dengar ni ?" Puan Alina bertanya menuntut kepastian dari anak sulungnya.



"Betul lah mama...Mia setuju dengan lamaran tu," Mia menjawab dengan senyuman. Mengharapkan agar mamanya tidak bertanya lanjut tentang keputusan yang telah di beri. Takut hati akan berubah, bila tiap kali persoalan itu di tebak-tebak .



" Baiklah...mama akan telefon Aunty Jamilah hari jugak...akhirnya anak mama ni disunting orang...ingatkan dah tak laku dah...," Puan Alina masih sempat mengusik anak sulungnya.



Tersenyum dia dalam kebahagiaan. Sementelah sepanjang 8 tahun kebelakangan ini, dia sering melihat betapa Mia tercari-cari kebahagiaan untuk dirinya. Susah senang, sendu tangis si anak , pasti dia tahu...kerana anaknya itu tak pernah mengenepikan dia sebagai ibu. Hati ibu mana yang tak rawan...tatkala si anak kebahagiaan di mata puteri kesayangannya direntap pergi , sementelah hati seorang lelaki telah berubah. Dia sendiri tak pasti, apa kah puncanya Adam Fitri memungkiri janji mereka berdua. Namun, apa yang pasti...sebagai ibu...dia harus menerima...segala ketentuan Tuhan yang telah tertulis untuk puteri kesayangannya.

* * *



Mia terbaring lesu di ruang kamarnya di Kampung Tunku. Setelah memberi jawapan pada lamaran Aunty Jamilah, hati Mia seoalah-olah kosong. Tak tahu apa yang sepatutnya dia rasa ketika ini. Apa yang pasti, jawapannya itu akan bakal merubah kehidupan dirinya, tak lama lagi. Menjadi seorang isteri pada lelaki yang tidak dikenali, adakah dia dah bersedia ? Segala-galanya dia serahkan pada Pencipta dan Pemilik mutlak alam ini...Sesungguhnya, hanya DIA yang tahu segala apa yang tersirat dan tersurat.



Hati Mia kembali pada peristiwa 2 bulan yang lalu...saat kaki nya menjejakkan ke dewan yang dihias indah. Dari jauh, dia dapat melihat , sepasang mempelai tersenyum bahagia di atas singgahsana. 'Senyumlah Adam...semoga kau berbahgia diatas pernikahan ini...semoga kau gembira diatas kedukaan ku ini...' hati Mia menangis sayu. Dengan di temani Zara, Mia melangkah perlahan ke arah singgahsana. Bukan ingin membuat onar di majlis orang. Hanya ingin mengucap salam tahniah pada pasangan mempelai.

"Tahniah Adam...Wanda...Semoga bahagia ke akhir hayat ," Mia tak pasti bagaimana riak wajahnya ketika itu. yang pasti ada getar pada bait-bait kata yang terluah. Kedua-dua mempelai seolah terkejut seketika. Tidak menyangka yang Mia sanggup datang pada hari bahagia mereka. Wajah pengantin perempuan mula berubah. Rasa cuak yang bertandang dihatinya ketika itu jelas terpancar diwajah yg telah di solek rapi.
Adam hanya mampu membuang pandang ke arah tetamu yang lain. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan Mia, gadis yang telah dia tinggalkan.

"Terima kasih Mia...terima kasih sebab sudi datang...tapi aku harap, kau tak akan buat kacau pada majlis aku ," Wanda cuba mengawal emosinya. Dia tak mahu kehadirang Mia hanya menyebabkan hari bahagianya cacat.

"Jangan khuatir Wanda...aku datang hanya untuk mendoakan kebahagiaan kalian berdua...tak pernah terlintas dalam hati aku untuk mengganggu majlis orang...," ada rasa sendu pada ayat-ayat itu. Mia mengumpul kekuatan utntuk terus berdiri. Luluh hatinya pabila Adam hanya mendiamkan diri.

Zara merenung tajam pada lelaki didepannya. Mengenangkan majlis orang, Zara hanya mampu berdiam diri. Jika diikut hatinya yang marah, ada pulak yang akan kena penampar sulungnya. Apatah lagi yang ingin dia tampar adalah pasangan pengantin.Sambil memaut bahu sahabatnya, Zara mengajak Mia untuk pulang. Tak sanggup lagi membiarkan temannya terus menerus dilukakan sedemikian rupa.

No comments: