"Kenapa kau termenung panjang Mia ?"
"Entah lah Zara...terlalu banyak perkara yang ada dalam fikiran ku ketika ini".
"Tentang Adam ?" Zara cuba menebak.
"Mungkin...tapi itu hanya salah satu darinya..."
"Sudahlah Mia...tak perlu kau senakkan fikiran kau utk lelaki itu...Dia tak pernah ikhlas mendampingi kau..."
"Apa salah aku Zara...Kenapa kisah hidup aku tak semudah perjalanan hidup orang lain ?"
"Jangan pernah sekali pun kau menyesali takdir kau Mia...Tuhan itu Maha Penyayang..Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya"
Mia hanya merenung jauh. Panorama malam Kuala Lumpur begitu jelas dari balkoni kondominium yang disewanya. Adakalanya , hembusan angin malam begitu menggigit hingga ke tulang temulangnya, tapi itu semua seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan. Hanya jasadnya dibalkoni itu, tapi fikirannya telah jauh melayang.
"Jangan risau tentang aku Zara. Walau sesukar manapun perjalanan hidup aku, aku tak akan pernah sesekali berputus asa. Cuma aku ini insan biasa Zara. Tak lepas dari kealpaan,"
Zaralina cukup mengerti perasaan seorang temannya yang bernama Mia Zarina ini. Persahabatan yang terjalin bukan sehari dua. Bukan juga setahun dua. Zaralina cukup mengenali hati budi teman disebelahnya ini. Mereka berkongsi segala-galanya.
"Zara. Lama dah kau kat rumah aku ni. Apa pulak kata Azman nanti," Mia hanya mengingatkan teman baiknya. Dia cukup arif keutamaan Zara ketika ini dan dia bukan lagi keutamaan Zara.
"Kau halau aku yer ?" Zara cuba berjenaka.
"Eh..kesitu pulak kau ni Zara. Tak lah, aku tak nak Azman kata aku 'kidnap' isteri kesayangan dia pulak. Pintu rumah aku ni sentiasa terbuka luas untuk kau Zara," Mia sempat mencubit lengan teman kesayangannya.
"Aku risau nak tinggalkan kau sorang-sorang Mia. Malah, aku kat sebelah kau ni pun kadang-kadang kau tak perasan. Suka sangat mengelamun,"
"Zara. Aku dah cakap kan tadi. Jangan risau tentang aku. Kau dah bersuami Zara. Jangan lupa tu. Tak lama lagi, dengan izin DIA aku pulak akan mengikut jejak langkah kau. Dah tentu aku akan utamakan suami aku nanti, " Mia seoalah-olah cuba memberi petunjuk pada sahabatnya.
"Eh.Betul ke pendengaran aku ni Mia. Kau nak kahwin dah ker ? Bila ? Dengan siapa ?," Zara memang layak untuk terkejut. Masakan hal penting seperti ini Mia ingin sembunyikan dari dirinya.
Mia hanya membalas dengan senyuman. Sejenak itu, fikirannya melayang ke rumah keluarganya di Kampung Tunku. Masih jelas difikirannya , bila mama sampaikan berita itu pada dia. Dirinya dirisik oleh salah seorang teman mamanya. Cuma dia tak sempat khabarkan berita itu pada Zara, sementelah diri dia sendiri masih belum dapat menerima.
"Siapa dia Mia. Dari tadi aku tanya, kau tak jawab pun. Macam ni , aku nak balik lah ! " Zara mula mencuka.
"Buruklah Zara bila kau buat muka macam tu. Macam cicak berak kapur !" Mia tergelak melihat wajah Zaralina yang masam.
"Dah tu. Kau tak jawab pun. Sampai hati kau nak berahsia dengan aku Mia,"
"Ish. Ya lah...ya lah...aku nak cerita lah ni. Minggu lepas , aku balik PJ. Mama cakap dengan aku , kawan dia, mak cik Jamilah tu datang merisik aku. Kata mama , untuk anak sulungnya yang berkerja di Australia. Aku sendiri tak kenal siapa dia Zara. Aku masih belum bagi apa-apa jawapan pada mama pun,"
"Bertuah punya kawan. Minggu lepas punya cerita , baru sekarang kau nak bagi tahu aku," Zaralina masih belum puas hati.
"Bukan aku tak nak bagi tahu kau, Zara. Aku sendiri belum buat apa-apa keputusan lagi. Aku tak kenal pun siapa orangnya. Cuma ada sekeping gambar yang mama tunjukkan pada aku. Tunggu sekejap. Aku pergi ambil gambarnya," Mia terus bergegas ke dalam kamarnya. Mencari sekeping gambar yang dimaksudkan.
"Boleh tahan orangnya Mia. Kerja kat Australia lagi. Mesti 'loaded' ni !" mata Zara tak lepas-lepas lagi menganalisis sekeping gambar ditangannya.
"Kau ni Zara. Mata duitan betul . Bukan itu yang aku cari. Kau ni, macam baru kenal aku semalam jerlah," giliran Mia pula masam mencuka.
"Alah..aku bergurau jerlah . Yer , aku tahu Mia Zarina bukan gadis materialistik . Dah tu , bila kau nak bagi jawapan? "
"Mama minta jawapan aku lusa. Kata mama, mak cik Jamilah tu akan datang sekali lagi kerumah aku minggu depan," Mia masih belum ada sebarang jawapan. Tidak tahu , sama ada harus menerima atau tidak .
"Fikirlah elok-elok Mia. Ini soal kehidupan kau sendiri. Tapi bagi aku , jika mama kau dapat terima dia , dan merestuinya , bagi aku , tak salah kau terima. Restu orang tua tu yang amat penting Mia ," Zara cuba membantu Mia sedaya mampu. Dia sebenarnya tahu, sahabatnya itu masih tidak dapat melupakan Adam.Masakan tidak , hubungan yang terjalin hampir 6 tahun putus begitu sahaja. Kedukaan di wajah Mia hanya seketika. Selebihnya dia berjaya sembunyikan segala kelukaan hati dari pengetahuan orang lain. Termasuk lah dirinya sendiri sebagai teman baik.
"Aku rasa Zara, aku dah ada jawapannya,"
"Biar betul kau ni Mia. Sekejapan jer dah ada jawapan ?" Zara agak terkejut bila tiba-tiba sahaja Mia dah ada jawapan pada persoalan hidupnya.
Mia hanya memandang Zara. Tiada jawapan yang terlahir dari bibirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment